‘Selesaikan dulu pengambilan ‘one-off’ guru’ – Mohd Radzi
SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa ini menumpukan untuk menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara ‘one-off’ bagi 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ini penting bagi menyediakan guru berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan sedia ada.
“Terima kasih SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) kerana telah selesai menjalankan temu duga bagi pengambilan khas ini dan sebahagian daripada calon berjaya telah menerima tawaran lantikan.
“Dalam hal ini, KPM amat memerlukan bantuan segera SPP untuk menyelesaikan baki pengambilan guru tersebut bagi membolehkan penempatan guru dibuat sebelum sesi persekolahan akan datang bermula,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.
Mohd Radzi terdahulu menerima kunjungan daripada Pengerusi SPP, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff dan mengucapkan tahniah atas pelantikannya.
Mengulas lanjut, Mohd Radzi turut berbincang dengan Mazlan mengenai guru lantikan secara ‘contract of service’ dan guru interim.
“Perbincangan juga turut melibatkan guru interim bagi mata pelajaran bahasa Inggeris lantikan tahun 2019 yang akan tamat kontrak pada bulan April ini.
“Saya mohon supaya SPP dapat menyegerakan segala urusan temu duga kumpulan calon guru ini. Begitu juga dengan urusan lantikan bagi guru interim mata pelajaran Pendidikan Islam serta guru interim JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Sabah dan Sarawak yang mana kontrak mereka juga akan tamat tahun ini,” katanya.
Selain itu kata Mohd Radzi, perbincangan turut menyentuh tentang keluhan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi pengambilan khas ini.
“Berdasarkan maklum balas SPP, terdapat lebihan graduan pendidikan bagi mata pelajaran tertentu, termasuk graduan PAKK. Perkara ini akan diteliti oleh KPM dan SPP.
“Selain guru, kami turut membincangkan tentang pengambilan anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang perlu disegerakan bagi membantu melancarkan pengoperasian sekolah.
“Alhamdulillah, pihak SPP akan memberi komitmen sepenuhnya untuk mempercepatkan urusan pengambilan guru dan AKP bagi membolehkan operasi sekolah khususnya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan lancar demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.
‘Selesaikan dulu pengambilan ‘one-off’ guru’ – Mohd Radzi
Baca Artikel Menarik:
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.