Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
Di bawah cuaca panas terik di Bukit Bintang, bekas juara renang para negara Koh Lee Peng hanya duduk di kerusi rodanya dengan sabar sambil menunggu pejalan kaki yang ingin membeli beg tisu buatannya sendiri.
Sambil mengenakan baju polo ‘Harimau Malaya’ dan memegang keratan akhbar pada 2019 mengenai dirinya, dia hanya menunggu di kawasan kaki lima antara pusat beli-belah mewah, Pavilion KL dan Starhill Gallery.
Koh mewakili Malaysia dalam Sukan Para Asean antara 2001 dan 2005 dengan membawa pulang tujuh pingat emas dan tiga perak.
Pada 2016, dia menjadi tumpuan di negeri asalnya di Pulau Pinang selepas dinobatkan sebagai Paralimpik Wanita Terbaik di negeri itu.
Namun apa yang menyedihkan ialah zaman kegemilangannya itu hanyalah sementara. Pada 2019, dia menjadi tumpuan susulan dakwaan dipergunakan oleh sindiket untuk mengutip derma dengan menjual beg tisu di Bukit Mertajam.
Bekas atlet para Koh Lee Peng menceritakan kisah hidupnya semasa menunggu pelanggan di jalanan Bukit Bintang.
Walaupun kesusahannya mendapat perhatian beberapa agensi kerajaan yang menawarkan bantuan wang tunai kepadanya dan rakan atlet para yang lain namun bantuan itu hanya sementara.
Koh kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada 2020 sebelum pandemik melanda dan tinggal di penginapan yang disediakan oleh badan kebajikan untuk orang kurang upaya (OKU).
“Ketua organisasi ini sangat bermurah hati membantu saya. Saya tidak begitu sihat dan sering pengsan,” katanya kepada FMT.
Katanya, dia kini menjahit beg tisu bersama rakan dan menjualnya di jalanan pada setiap hari.
“Saya tidak mempunyai masa atau tempat menjual yang tetap. Ia bergantung kepada keadaan saya pada masa itu dan cuaca.
“Saya tidak merayu atau mengganggu orang. Mereka dialu-alukan untuk membeli sekiranya mahu, jika tidak, itu hak mereka. Saya bekerja sejujurnya dan hanya itu saja yang penting bagi saya,” katanya.
Ketika ditanya sama ada dia mengharapkan sebarang bantuan kewangan lain daripada kerajaan, dia berkata, tidak.
“Saya telah melalui banyak cabaran hidup dan apa yang saya pelajari ialah apabila pegawai membuat janji, tidak ada tindakan susulan dilakukan atau penyelesaian yang dibuat hanya bersifat sementara.
“Ia begitu mengecewakan dan saya belajar untuk berdikari,” katanya.
Katanya, dia mendapat kepuasan dengan menghasilkan beg buatan tangannya sendiri dan bangga dengan sikap berdikarinya.
“Ketabahan diri dan kebaikan orang yang tidak dikenali menguatkan saya untuk meneruskannya. Itu sahaja yang saya perlukan,” katanya.
Kisah Koh muncul di media sosial semalam selepas pengguna Twitter @fxwxb menceritakan pertemuannya dengan bekas atlet renang para berkenaan.
Dalam hantarannya, pengguna terbabit menyebut bahawa situasi Koh mendedahkan isu yang lebih besar di Malaysia dan memerlukan perhatian segera.
“Jika mana-mana ahli politik membaca hantaran ini dan anda ingin membantu – bentangkan. Bentangkan kertas putih awam untuk melakukan perubahan ketara dari segi dasar untuk menangani nasib atlet ini,” katanya.
Pada hari-hari biasa, Koh boleh ditemui berhampiran lintasan pejalan kaki berhampiran Pavilion KL dan Starhill, Bukit Bintang dan menjual beg yang direka khas untuk kertas tisu. FMT
Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Wan Fayhsal kena kecam kedunguan, didakwa ‘tunggang’ kematian Shebby Singh
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’
You must be logged in to post a comment.