Tuan Ibrahim nafikan Khairuddin digugurkan kerana pertahankan MN

PETALING JAYA: Pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat selepas kurang dua bulan dilantik memegang jawatan itu, tiada kaitan dengan Muafakat Nasional (MN), kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, perubahan yang berlaku itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu hangat.

Katanya, pengguguran itu bagi melantik individu lain yang mempunyai kepentingan dalam konteks jawatankuasa parti berkenaan.

“Khairuddin dicadang dilantik (semula) oleh Presiden (Abdul Hadi Awang) dan kemudian Presiden tarik balik cadangan itu kerana selepas kita mesyuarat, Presiden ada cadangan nama lain dan beliau (Mohd Khairuddin) digugurkan.

“Jadi tidak ada kaitan dengan MN, ini masalah dalaman parti. (Maka) tak ada isu sangat. Khairuddin juga masih kekal cuma tidak dalam AJK PAS Pusat, ada program-program lain yang diuruskannya,” katanya, menurut laporan Mingguan Malaysia.

Pada 23 November lalu, Khairuddin adalah antara tiga pemimpin tertinggi PAS yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Hadi pada Jumaat lalu dilaporkan mengesahkan pengguguran Khairuddin dan berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu sama ada diberhenti atau ditukarkan.

Semalam, FMT melaporkan Khairuddin membayangkan penggugurannya itu berkaitan dengan desakannya mahukan parti itu mengutamakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ditanya oleh FMT, sebab beliau digugurkan, Khairuddin hanya berkata “boleh baca apa yang tersirat.”


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker