Tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia – Menteri Agama

Tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menegaskan tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia, selepas poster berhubung sambutan itu tular di media sosial hari ini.

Beliau meminta umat Islam terus mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.



“Tiada istilah berkenaan perayaan Hari Agama Sedunia. Ianya jelas dan ianya wajib diimani,” tulisnya di Facebook.

Idris turut memetik ayat 19 surah Al-Imran: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menerusi Facebooknya berkata: “Sambutan Hari Agama Sedunia adalah inisiatif dan cadangan agama Bahai.”

Terdahulu, poster “Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia” yang memetik ayat 13 surah al-Hujurat tular di media sosial dan mendapat bantahan pelbagai pihak, termasuk tokoh agama yang menentang idea sambutan itu.



Tetapi, hasil pemeriksaan mendapati poster itu sudah dipadamkan, dengan individu yang memuat naiknya berkata, beliau berbuat demikian susulan reaksi kurang baik dan demi menghormati teguran pelbagai pihak. FMT

Tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia – Menteri Agama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker