Porsche terbakar selepas terbabas ke gaung

Porsche terbakar selepas terbabas ke gaung, pemandu cedera ringan

Seorang pemandu terselamat, selepas kereta mewahnya terbabas ke gaung dan terbakar di Jalan Bypass Bukit Bendera, Beaufort, Sabah tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, 10 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian, selepas pihaknya menerima panggilan pada 12.04 tengah malam.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah kereta Porsche Panamera terbakar sepenuhnya.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan terbabas sendiri dan terjatuh ke gaung setinggi 3m,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pemandu berusia 37 tahun itu hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal pada 12.15 tengah malam sebelum tamat sepenuhnya 25 minit selepas itu.” FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Porsche terbakar selepas terbabas ke gaung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker