Polis tahan lelaki samun wanita warga asing

PETALING JAYA – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamun dan mencederakan seorang wanita warga asing di tepi jalan Seksyen 4 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, seorang wanita warga asing berumur 50 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah dipercayai disamun oleh suspek yang bersenjatakan pisau.

“Ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri akibat ditoreh suspek dan kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan lanjut yang dijalankan selepas mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama berjaya mengesan suspek di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Manja di sini.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan bertindak agresif ketika ditahan selain cuba melarikan diri, namun gagal,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah.

“Ujian saringan yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis THC.

“Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis tahan lelaki samun wanita warga asing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker