Desas-Desus PRN Johor… Jika Berlaku, UMNO Perlu Lebih Berani – Ketua Wanita UMNO Segamat

 

Desas-Desus PRN Johor… Jika Berlaku, UMNO Perlu Lebih Berani – Ketua Wanita UMNO Segamat

Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak malah dikatakan juga sedang bertiup kencang di pelbagai peringkat.



Lantaran itu pelbagai ramalan yang keluar dan sedang dijaja oleh pihak-pihak tertentu mengenai perkara berkenaan.

Bagi Ketua Penerangan Wanita UMNO yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, sekiranya perkara berkenaan benar-benar berlaku parti seharusnya lebih berani untuk tampil dengan mencalonkan mereka yang boleh menang dan bukannya mereka yang melobi bercerita tentang jasa lalu.

“Angin masih bertiup kencang PRN Johor akan berlaku. Ada yang kata bulan tiga, ada yang kata seusai Raya Cina. Ramailah yang jadi tukang ramal dan tahu semua serba serbi.

“Tidak kurang juga yang sudah mula jumpa sana, jumpa sini. Tidak kurang juga yang mula susun atur langkah serta strategi. Yang kita tidak tahu langkah dan strategi cara elok atau sebaliknya. Segalanya mungkin untuk kedudukan kerusi.



“Sekiranya PRN Johor benar-benar berlaku dalam masa terdekat ini, UMNO perlu lebih berani mencatur calon yang berpotensi menang. Bukan calon yang melobi bercerita tentang jasa masa lalu,” katanya di dalam satu perkongsian di Facebook.

Kata beliau lagi, PRN negeri berkenaan jika benar-benar realiti ianya adalah medan pertama buat pengundi 18 tahun untuk sama-sama membuat keputusan kelak.

“PRN Johor berkemungkinan besar menjadi medan pertama pengundi 18 tahun menggunakan dakwat memberi kepercayaan demi masa depan.



“Sejarah jasa masa lalu tidak pernah dinafikan, tetapi orang muda berfikir tentang perjuangan hidup di masa hadapan. Bukan hidup di sejarah masa lalu. Semoga Allah sentiasa kurniakan kita sebagai pemimpin yang memikul dengan kerjernihan akal fikiran dan ikhlas demi perjuangan,” ujarnya.- UMNO Online

Desas-Desus PRN Johor… Jika Berlaku, UMNO Perlu Lebih Berani – Ketua Wanita UMNO Segamat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker