“Sifatnya Memalukan Atau Tidak?” Peguam Komen Trend ‘Unboxing By Husband’, Suruh Tanya Diri Sendiri

Sebaran :

“Sifatnya Memalukan Atau Tidak?” Peguam Komen Trend ‘Unboxing By Husband’, Suruh Tanya Diri Sendiri

SEJAK kebelakangan ini kecoh dengan trend video ‘unboxing by husband’ oleh pasangan pengantin baru di aplikasi TikTok.

‘Unboxing by husband’ memaparkan si suami membuka perhiasan yang dipakai oleh isterinya di hadapan cermin di bilik selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

Video tersebut mengundang kecaman ramai termasuk pendakwah dan netizen kerana ia mampu mengundang imaginasi ‘liar’ mengenai malam pertama, selain dilihat mendedahkan aib isteri.



Terbaharu, seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor tampil memberi pandangannya mengenai trend yang mencetuskan kontroversi ini.

“Sebelum hendak jawab soalan ini, kita sembang dahulu istilah ‘unboxing’ ini. Secara literalnya ia membawa maksud perbuatan mengeluarkan barangan atau produk baru dari kotak dan meneliti barangan serta berkongsi pandangan berkenaan produk tersebut di media sosial.

“Jadi bila perkataan ‘unboxing’ isteri ini, sudah tentunya ia memberi gambaran yang pelik dan jelik kerana biasanya disertakan dengan ‘review’.

“Saya dimaklumkan oleh team saya, ada dalam komen video begini, ada komen berbunyi ‘Alaa..apsal tidak review sekali?



Review sampai habislah’. Kemudian si suami jadi marah sehingga bergaduh. Kemudian ‘off comment’.

“Apa yang mereka fikirkan sewaktu muat naik? Keterujaan malam pertama? Kemudian dikongsikan kepada umum? Tujuan
perkongsian yang seperti ‘teaser’ yang begini bukankah bakal menjemput imaginasi orang lain untuk sama-sama menggambarkan adegan sepenuhnya?” tulisnya panjang lebar.

Tambahnya, jika di dalam filem fiksyen di Malaysia, adegan berunsur intimasi juga tidak dipaparkan secara jelas namun sudah cukup memberikan pemahaman kepada penonton.

“Tetapi itu fiksyen. Bukan pasangan sebenar. Unboxing ini pasangan sebenar. Yang ada ibu ayah, adik-beradik, orang-orang tua. Tidak malukah jika adegan begini dipertontonkan oleh umum?” tulisnya.



Menghuraikan dengan lebih lanjut dari sudut undang-undang, untuk membuat apa-apa pertuduhan bagi perbuatan jelik, sumbang atau lucah, ia perlu disertakan elemen yang sangat kuat, jelas dan nyata.

“Contohnya memang jelas video intimasi atau tanpa berpakaian yang diviralkan. Ini memang jelas, sumbang, lucah dan jelik.

Ada beberapa Seksyen dakwaan.

“Video-video mencabut pin tudung satu demi satu, sambil si suami mencium dahi bukanlah secara jelas kesalahan jenayah lucah kerana melibatkan suami isteri yang sah yang secara rela membuat naik video tanpa adegan lucah.

Pada pendapat saya dari sudut jenayah bukan kesalahan.

“Bagaimana pula jika sewaktu video ini dimuatnaik, ada pula orang komen seperti ‘Untunglah bang malam pertama’, kemudian ditambah pula dengan komen lucah berkenaan dengan susuk tubuh isteri. Boleh tidak ambil tindakan?

“Ini tertakluk kepada fakta kes tetapi saya ingin ingatkan, bagaimana kita sebagai faktor penyumbang ‘contributor’ kepada perbuatan atau penulisan orang yang komen tadi?” tulisnya.

Justeru, Nor Zabetha sekali lagi menekankan perkara pokok kepada isu ini, iaitu tujuan pasangan yang memuat naik video sedemikian.

“Kalau hendak saman orang kerana memalukan kita di ruang komen selepas muat naik video ‘unboxing’ isteri tanya semula diri kita, video ‘unboxing isteri’ itu sifatnya memalukan atau tidak?

“Macam-macam content zaman sekarang. Kadang-kadang bila usia muda, kita selalu teruja untuk ikut trend semasa atau kita rasa cukup hebat dengan perbuatan kita.

“Bila usia kian meningkat, kadang-kadang kita terfikir, betapa tidak bijaknya kita dahulu demi dan betapa jika boleh ubah masa semula,” tulisnya lagi-mSTAR

 

Sumber : Facebook Nor Zabetha

“Sifatnya Memalukan Atau Tidak?” Peguam Komen Trend ‘Unboxing By Husband’, Suruh Tanya Diri Sendiri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *