Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerusi DUN Gambir Jika PRN Diadakan Dalam Masa Terdekat

Oleh Nurul Aishah

KETIKA ini Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin (Muhyiddin) merupakan Ahli Parlimen Pagoh dan juga Ahli Dewan Undangan Gambir (N9). Berikutan desas desus yang semakin hangat berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa persoalan berkenaan kerusi DUN Gambir menjadi perhatian.

Adakah Muhyiddin akan mampu mempertahankan kerusi tersebut? Sebagaimana yang kita tahu nama baik Muhyiddin serta kredibiliti beliau telah rosak dengan sangat teruk ekoran kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selama lebih kurang 18 bulan.

Majoriti rakyat menyalahkan Muhyiddin atas kes Covid-19 yang sangat tinggi serta kadar kematian akibat Covid-19 antara paling tinggi di dunia. Malah tindakan Muhyiddin melaksanakan darurat yang paling lama dalam dunia namun gagal mengawal penularan Covid-19 antara punca kemarahan rakyat.

Tambahan pula ekonomi negara merudum dengan sangat teruk sedangkan negara-negara jiran yang turut dilanda Covid-19 mampu bangkit dan menjana ekonomi dengan lebih baik menyebabkan kegagalan Muhyiddin tidak dapat dimaafkan.

Oleh sebab itu, ramai penganalisi politik berpendapat Muhyiddin tidak akan mampu mempertahankan kerusi DUN Gambir. PRN Johor akan menjadi medan untuk Muhyiddin membuktikan adakah beliau masih relevan dalam politik tanahair.

PRN Johor boleh menjadi pemicu kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dipercayai akan turut dilaksanakan tahun ini.

Sekiranya Johor menjadi salah satu lagi negeri melaksanakan PRN atas dasar tuntutan kepada kestabilan politik mengapa pula negara perlu menangguhkan lagi perkara seperti ini. Kestabilan politik itu sendiri boleh memberi impak dalam pelbagai sudut.

Di peringkat pusat sekarang juga bukan mempunyai majoriti besar dan kestabilan itu masih belum dijamin. Kerajaan yang menerima mandat daripada rakyat akan lebih stabil sekali gus mampu membawa masuk pelaburan asing yang akan turut membawa masuk pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.

PRN Johor dijangka akan dilaksanakan dalam bulan Februari memandangkan kerajaan negeri kini hanya mempunyai majoriti kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker