Keputusan mahkamah tinggi lepas, bebas Najib, Arul Kanda tidak boleh disangsi

Keputusan mahkamah tinggi lepas, bebas Najib, Arul Kanda tidak boleh disangsi

Tindakan pendakwaan tidak memfailkan petisyen rayuan dalam kes pindaan Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh masa menunjukkan ia tiada alasan kukuh untuk meneruskannya.

Firma guaman Tetuan Shafee & Co dalam kenyataan hari ini, berkata ia menyebabkan Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan kedua-dua notis rayuan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.



Kenyataan itu berkata, perkara terbabit menunjukkan, khususnya apabila pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rayuan, keputusan Mahkamah Tinggi (yang melepas dan membebaskan tertuduh) adalah keputusan yang teguh dan tidak boleh disangsi mana-mana pihak.

Katanya, ia mengukuhkan lagi bahawa Najib dan Arul Kanda tidak bersalah dalam kes itu.

“Oleh kerana terdapat bukti kukuh yang dikemukakan ketika perbicaraan dalam mahkamah, sememangnya sebarang pertuduhan tidak sepatutnya dikenakan ke atas anak guam kami sejak dari mula lagi.

“Keputusan untuk mendakwa anak guam kami menimbulkan pelbagai kesulitan dan kesukaran kepada mereka selama tempoh lima tahun ini, apatah lagi sekiranya rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan mereka diteruskan.



“Kami sesungguhnya berterima kasih kepada semua pihak yang sejak dari awal sehingga kini masih tidak berputus-asa memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan dan berharap keputusan ini akan membenarkan kedua anak guam meneruskan kehidupan mereka bebas daripada sebarang pertuduhan yang tidak berasas,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk N Sivananthan yang mewakili Arul Kanda berkata, keputusan mahkamah hari ini menyebabkan pendakwaan tidak boleh mengembalikan rayuan berkenaan.

Katanya, ia berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu tidak menyatakan bahawa kedua-dua notis rayuan berkenaan dibatalkan dengan perayu (pendakwaan) mempunyai kebebasan untuk memfailkan semula.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula ketika disoal pemberita sama ada pendakwaan boleh mengemukakan permohonan untuk mengembalikan rayuan terbabit, berkata mereka (pendakwaan) boleh cuba berbuat demikian.



“Tetapi saya tidak fikir mereka akan menemui cahaya di hujung terowong.

“Apa yang mereka nampak hanya kereta api yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Peguam itu berkata, pendakwaan perlu mengemukakan permohonan untuk mengembalikan notis rayuan dan kemudian mengemukakan permohonan baharu untuk memfailkan petisyen rayuan di luar tempoh masa.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata, beliau tidak merasakan bahawa pendakwaan mempunyai sebarang prospek untuk berjaya dalam permohonannya. BH



Keputusan mahkamah tinggi lepas, bebas Najib, Arul Kanda tidak boleh disangsi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker