Amalan Magnet Rezeki Dan Memanjangkan Umur
Amalan Magnet Rezeki Dan Memanjangkan Umur
Keturunan manusia dicipta oleh Allah daripada Adam dan Hawa. Sejak dari itu hinggalah ke zaman sekarang, manusia telah terbahagi kepada pelbagai kaum dan bangsa.
Hikmah penciptaan manusia di dalam kepelbagaian ini adalah agar mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat: 13,
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Allah menjelaskan kepada kita bahawa di dalam usaha mengenali antara satu sama lain, wajar diutamakan hubungan kekeluargaan, melebihi hubungan lain. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab: 6
Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak di dalam kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Allah).
Melihat kepada aspek yang lebih fokus, kita akan dapati Islam menitik beratkan hubungan kekeluargaan ataupun dalam Bahasa Arabnya: al-rahim dan al-arhaam. Allah mengingatkan kita agar sentiasa memelihara hubungan kekeluargaan ini. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: 1,
Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.
Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan ataupun silaturrahim adalah antara amalan yang mempunyai pelbagai fadhilat yang amat besar antaranya,
Pertama: Orang yang menyambung dan mengeratkan hubungan kekeluargaannya akan disambung oleh Allah, manakala orang yang memutuskan hubungan kekeluargaannya akan diputuskan oleh Allah. Hakikat ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya
Al-Rahim (hubungan kekeluargaan) tergantung pada Arash dan berkata, “Siapa menyambungku dia akan disambung oleh Allah. Siapa memutuskanku dia akan diputus oleh Allah.” HR Imam Muslim
Ketika menjelaskan hadis ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menukilkan kata-kata al-Qadhi Iyadh rahimahullah yang dapat dirumuskan seperti berikut;
al-Rahim (hubungan kekeluargaan) yang dieratkan dan diputuskan itu merupakan satu pengertian dan bukannya satu objek. Ianya membawa pengertian kerabat dan keturunan yang dirangkumi oleh rahim seorang ibu, lalu saling bertaut antara satu sama lain.
Pertautan dan hubungan inilah yang dinamakan rahim. Dari sudut ini, adalah tidak mungkin baginya untuk berkata-kata. Justeru, ungkapan hadis ini merupakan satu perumpamaan dan satu bentuk kiasan yang digunakan dalam bahasa Arab.
Maksud sebenar ungkapan hadis ini ialah mengagungkan kedudukan hubungan kekeluargaan dan fadhilat mereka yang mengeratkannya serta menekankan betapa besarnya dosa mereka yang memutuskan hubungan ini.
Al-Qadhi Iyadh juga menjelaskan bahawa pemahaman kedua bagi ungkapan hadis ini ialah satu malaikat bergantung pada arasyh dan bercakap bagi pihak al-rahim mengikut perintah Allah.
Begitulah huraian al-Imam al-Nawawi rahimahullah dengan menukilkan kata-kata al-Qadhi Iyadh.
Kedua: Orang yang mengeratkan hubungan kekeluargaannya akan dimurahkan rezekinya.
Ketiga: Orang yang mengeratkan hubungan kekeluargaannya akan dipanjangkan umurnya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
Sesiapa yang ingin agar rezekinya diperluaskan dan umurnya dipanjangkan maka hendaklah dia mengeratkan hubungan kekeluargaannya. HR Bukhari dan Muslim
Berkenaan dengan murah rezeki, al-Imam al-Nawawi telah menjelaskan perkara ini dengan berkata:
“Ertinya ialah rezeki menjadi luas dan banyak. Ada pendapat yang mengatakan ertinya ialah rezeki yang berkat.”
Al-Imam al-Azim Abadi rahimahullah, di dalam kitabnya Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud menjelaskan lagi bahawa rezeki yang dimaksudkan di sini ialah semasa di dunia.
Seterusnya, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menambah penjelasan dengan berkata, “Di sini terdapat satu persoalan yang sering diajukan, iaitu ajal (batas waktu) dan rezeki telah pun ditakdirkan dan tidak bertambah mahupun berkurangan. Allah telah berfirman dalam Surah al-A’raf: 34,
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
Para ulama telah menjawab persoalan ini dengan pelbagai jawapan. Jawapan pertama yang paling betul ialah bahawa penambahan di sini ialah keberkatan dalam umur; dipermudahkan untuk melakukan ketaatan, memenuhkan waktunya dengan perkara yang bermanfaat untuk akhirat dan menjaga masanya daripada hilang dengan amalan sia-sia.
Jawapan kedua ialah bahawa penambahan di sini ialah dari sudut apa yang zahir pada para malaikat dan di dalam Lauh Mahfuz. Mereka akan nampak umur seseorang itu dalam Lauh Mahfuz 60 tahun. Jika dia mengeratkan hubungan kekeluargaannya, akan ditambah 40 tahun. Adapun di sisi Allah, maka Dia mengetahui apa yang akan dilakukan oleh orang itu.
Inilah maksud firman Allah dalam Surah al-Ra’d: 39,
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki).
Maka di sisi ilmu Allah dan takdirNya, tiada penambahan. Namun di sisi apa yang zahir pada sekumpulan makhluk, tampak seperti ada penambahan. Inilah yang dimaksudkan dengan hadis ini.”
Al-Imam Ibnu Hajar, dalam kitabnya Fathul Bari juga menyatakan dua huraian ini. Beliau kemudiannya menambah boleh juga difahami bahawa Allah mengekalkan jasa orang yang mengeratkan hubungan kekeluargaan di dunia ini dalam tempoh yang lama, tidak akan hilang dengan cepat seperti jasa orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.
Beliau, seterusnya mengatakan dari satu sudut lain, hadis ini boleh juga difahami dengan erti kewujudan zuriat yang sentiasa mendoakan kebaikan untuknya selepas dia wafat.
Ibnu Hajar juga menjelaskan bahawa Ibnu Faurak menegaskan maksud tambah umur ialah tiada kerosakan pada kefahaman dan akal orang yang melakukan kebajikan ini. Manakala sebahagian ulama lain pula menjadikannya umum merangkumi keberkatan yang ada pada rezeki, ilmu dan sebagainya. Wallahu a’lam Utv
Amalan Magnet Rezeki Dan Memanjangkan Umur
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’