Pasangan Gay Meraung Disebat 80 kali

BANDA ACEH – Satu pasangan gay disebat di hadapan khalayak di wilayah Aceh di Indonesia hari ini, kata pegawai undang-undang.

Kedua-dua lelaki itu disebat hampir 80 kali setiap seorang kerana mengadakan hubungan seks sejenis, dilarang di wilayah Aceh mengikut undang-undang Islam.

Pasangan itu yang tidak didedahkan identiti mereka meraung kesakitan dan merayu agar hukuman sebat dihentikan semasa pegawai syariah menyebat bahagian belakang badan mereka dengan kayu rotan.

Hukuman itu dihentikan seketika dan kedua-dua lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun dibenarkan meminum air. Hukuman sebat disambung selepas itu.

Ibu kepada salah seorang lelaki itu pengsan sebaik melihat anaknya disebat.

“Penguatkuasaan hukuman syariah Islam adalah muktamad, tidak kira sesiapa, dan walaupun pelancong harus hormat pada norma-norma masyarakat setempat,” kata pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko.

Pasangan lelaki itu ditahan pada November tahun lalu di sebuah rumah sewa selepas pemilik tanah menemui mereka dalam keadaan separuh bogel dalam bilik. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker