Nanti Islam nampak macam benarkan kezaliman – PU Syed
Nanti Islam nampak macam benarkan kezaliman – PU Syed
Insiden pegawai masjid memandikan seorang pemuda seperti jenazah menarik perhatian penceramah bebas dan peserta program realiti TV, PU Syed.
Katanya kejadian itu sebenarnya membimbangkan kerana ia boleh membawa implikasi lain yang negatif.
Personaliti yang memiliki nama sebenar Syed Bakri al-Yahya berkata kejadian mencuri memang menyebabkan semua orang marah namun ‘pembalasan’ yang adil harus diberikan.
“Isu curi tabung masjid satu hal. Apabila ditangkap, dimandikan di tempat mandi jenazah, dirakam serta ditularkan, ia bakal mengundang satu hal yang lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.
PU Syed mengulas kejadian seorang pemuda yang disyaki mencuri wang dari tabung masjid ditangkap lalu dibaringkan dalam tempat memandikan jenazah.
Dia kemudian dimandikan seperti mayat oleh pegawai masjid terbabit.
Kata PU Syed kejadian itu jika dibiarkan boleh menyebabkan Islam dipandang secara tidak baik.
“Marah memang kita marah, tapi risau hasil daripada kemarahan tersebut nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun (perbuatan tersebut) dengan niat untuk menyedarkan sio pencuri,” katanya. Mk
Nanti Islam nampak macam benarkan kezaliman – PU Syed
Baca Artikel Menarik :
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat
You must be logged in to post a comment.