Dalam satu malam, enam kedai jadi mangsa duit palsu

Dalam satu malam, enam kedai jadi mangsa duit palsu

TAMPIN: Sekurang-kurangnya enam buah kedai menjadi mangsa kumpulan tiga individu yang berbelanja menggunakan duit palsu di sekitar kawasan Gemas, di sini, pada malam Selasa lalu.

Difahamkan, suspek menggunakan modus operandi serupa iaitu membeli barangan dengan harga serendah RM10 dan membuat pembayaran menggunakan RM100 palsu.



Salah seorang mangsa, Muhammad Zekri Zulkefly, 22, berkata, dia tidak menyangka menjadi mangsa penipuan berkenaan secara serentak bersama kembarnya yang bekerja di sebuah kedai serbaneka yang bersebelahan dengan gerai bundle tempatnya bekerja.

“Di kedai bundle tempat saya kerja ini dua individu lelaki dan perempuan mahu membeli baju berharga RM10, manakala di kedai sebelah, seorang perempuan berperwatakan lelaki pula membuat pembelian tambah nilai telefon bimbit juga bernilai RM10,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, majikannya, Muhammad Azzam Aznam, 34, berkata, kejadian berkenaan merupakan kali pertama berlaku di kedai tersebut dan pihaknya juga sudah menyerahkan wang palsu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membabitkan suspek berkenaan kepada pihak polis.

“Dalam pengetahuan saya pada malam yang sama terdapat enam buah kedai yang menjadi mangsa tiga individu berkenaan. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada mereka membuat laporan polis atau tidak.



“Saya lega mengetahui mereka dapat ditangkap polis dan berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran buat semua pihak,” katanya.

Hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memaklumkan, tiga individu yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dicekup polis semalam.

Ia setelah mereka dipercayai terlibat melakukan jenayah menggunakan wang palsu di lima lokasi di sekitar negeri ini.

Jelas beliau, tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun serta dua orang wanita berusia 24 dan 21 tahun dan kesemua mereka dicekup polis di Ayer Keroh, Melaka. Utusan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker