Polis tembak tayar kenderaan cuba rempuh sekatan
Polis tembak tayar kenderaan cuba rempuh sekatan
Polis terpaksa melepaskan tembakan ke atas tayar sebauh kenderaan selepas pemandu kenderaan terbabit cuba merempuh pihak berkuasa dalam kejadian di Jalan Tun Fuad Stephens di Kota Kinabalu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek bersama dua rakannya dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan cuba mengelak daripada ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata pemandu kereta berkenaan ditahan oleh unit kereta peronda MPV di Tanjung Aru, di sini, selepas menerima maklumat sepasang suami isteri bergaduh dalam kenderaan terbabit.
Katanya, anggota MPV bertugas mengarahkan semua individu membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 34 tahun, turun dari kenderaan itu.
“Seorang lelaki dan wanita mendakwa pasangan suami isteri memberikan MyKad untuk diperiksa.
“Dua lagi individu mendakwa tidak membawa MyKad manakala pemandu kereta mendakwa MyKad miliknya berada di tempat duduk,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Zaidi berkata, tiga daripada suspek termasuk wanita terbabit kembali memasuki kenderaan sebelum memecut, meninggalkan dua rakan termasuk suami wanita terbabit.
Katanya, anggota MPV mengejar kenderaan berkenaan namun sebaik tiba di Jalan Tun Fuad Stephens yang sesak, pemandu Proton Wira itu berpatah balik secara berbahaya dan hampir merempuh anggota polis.
“Keadaan itu menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar untuk memberhentikan kenderaan suspek.
“Suspek akhirnya menghentikan kenderaan di tengah jalan dan melarikan diri bersama dua rakannya,” katanya.
Zaidi berkata, suspek wanita ditahan di sebuah bilik penginapan di Sinsuran dan siasatan mendapati MyKad yang dibawa adalah milik orang lain.
Katanya, dua lagi suspek dikenali sebagai Ijam iaitu pemandu Proton Wira dan rakannya bernama Ali masih dikesan.
FMT
Polis tembak tayar kenderaan cuba rempuh sekatan
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki dilempang berkali-kali lebih tiga minit kerana ramas bontot gadis
- Intan Najuwa teruja mandi lumpur dalam bendang
- PPIM gunakan pengaruh Bossku untuk sampaikan memorandum kepada PM
- Nadir dedahkan pembunuh Imam Fadi
- Penyingkiran Saiful Apek, Yasin akibat ‘mainan’ GV – Vida
- Terpaksa putus cinta kerana Talasemia (Video)
- Rakyat mahu lihat anak Khairy divaksin dahulu – Catriona Ross
- Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib
- Tudung Natasha Hudson terbang atau dah tanggal?
- Sedut wang akaun mangsa
- Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)
Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi