PBM parti yang melukut di tepi gantang
SHAH ALAM – Penganalisis politik menyifatkan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dijangka sukar memastikan survivalnya dalam politik Malaysia walaupun baru mendapat ‘tonik’ baharu dengan penyertaan beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) dari Perak dan Selangor.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, PBM mungkin bermasalah untuk mendapat tempat di hati rakyat memandangkan parti itu sebelum ini pun sukar menawan hati pengundi di Sarawak.
Katanya, Presiden PBM, Larry Sng, menukar nama parti politik diasaskan bapanya itu iaitu Parti Pekerja Sarawak (SWP) kepada PBM untuk melebarkan sayap dan pengaruh ke Semenanjung.
“Masalahnya, sewaktu parti itu bergerak sebagai SWP di Sarawak pun, parti itu hanya tinggal nama dan ibarat ‘hidup segan mati tidak mahu’.
“Jadi apabila SWP menukar nama kepada PBM dan terbang beratus kilometer merentasi Laut China Selatan untuk mencari ‘sarang’ (tapak) baharu di Semenajung, jangka hayat PBM mungkin agak sukar dipanjangkan,” katanya.
Apatah lagi, kata Jeniri, di atas baharu Larry terpikul satu isu besar apabila digelar ‘katak politik’ selepas menyertai sekurang-kurangnya lima parti berlainan, sejak 20 tahun lalu termasuk Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SWP, PKR dan terbaharu PBM.
Dalam pada itu, Jeniri yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara berkata, kewujudan banyak gabungan dan parti politik baharu akan mencetuskan pertembungan sesama sendiri pada PRU15 nanti.
“Sebagai contoh, biarpun banyak parti bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, namun kesudahannya hanya tiga parti sahaja mendominasi kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) di mana Gabungan Parti Sarawak (GRS) menang 76 kerusi; empat Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua kerusi dimenangi oleh DAP.
“Malah, parti pembangkang seperti PKR kalah semua 28 kerusi ditandingi mereka, PSB kalah 70 kerusi; Parti Bumi Kenyalang tewas 72. Jadi macam mana kita fikir bahawa PBM akan menjadi lebih hebat dan kuat daripada parti saya sebutkan tadi,” katanya.
“Mana-mana ahli politik yang bertanding menggunakan logonya di Semenanjung mahu pun Sabah dan Sarawak berkemungkinan besar bakal ‘melingkup’ dalam PRU15 nanti.”
Berikutan itu, Jeniri berkata kewujudan PBM tidak akan memberi kesan besar dari segi sokongan kepada GPS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Barisan Nasinal (BN) pada masa depan kecuali di kawasan disandang oleh Ahli Parlimen Julau itu sendiri.Jeniri berkata tindakan PBM melebarkan sayap dan pengaruhnya ke Semenanjung akan memberikan kesan besar jika ada nama besar seperti Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin, benar-benar menyertai parti berkenaan seperti khabar angin bertiup, sebelum ini.
“Biarpun PBM akan bernaung di bawah khemah BN, namun mereka sukar untuk mendapat tempat dihati rakyat Sarawak kerana GPS sudah membuktikan kebolehan mereka dengan meraih 76 kerusi DUN di bawah 31 kawasan Parlimen pada PRN Sarawak ke-12, baru-baru ini.
“Apa yang pasti PBM hanya akan menjadi seperti ‘melukut di tepi gantang’ dan mana-mana ahli politik yang bertanding menggunakan logonya di Semenanjung mahu pun Sabah dan Sarawak berkemungkinan besar bakal ‘melingkup’ dalam PRU15 nanti,” katanya.
Antara bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) PKR dan Bersatu yang melompat menyertai PBM termasuklah ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha (Timbalan Presiden I PBM) dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi (Ketua Wanita).
Dua ADUN Perak yang menyertai Bersatu pada tahun lalu turut tersenarai dalam kepimpinan baharu PBM iaitu ADUN Buntong, A Sivasubramaniam yang dilantik sebagai Naib Presiden Kanan II dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sebagai Bendahari Agung.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat