Azam Baki saman Lalitha
Azam Baki saman Lalitha
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memfailkan tuntutan saman terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam, berhubung penerbitan artikel di portal Independent News Service (INS) pada 26 Okt dan 15 Dis tahun lalu.
Peguamnya Megat Abdul Munir, berkata tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Megat berkata, keputusan mengemukakan saman fitnah dibuat selepas Lalitha gagal memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Jan lalu.
“Dia (Lalitha) menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter, dengan menyatakan bahawa beliau kekal terhadap dakwaan seperti dalam penerbitan artikel yang anak guam kami berulang kali tegaskan ia adalah suatu tuduhan fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, Azam memfailkan saman untuk menjaga nama baik, reputasi dan kedudukan profesionalnya.
Katanya, Azam hanya menggunakan haknya seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan, untuk mencari penyelesaian bersesuaian di mahkamah.
“Anak guam kami percaya bahawa ini juga memberi hak dan peluang yang sama kepada defendan untuk mengesahkan dakwaannya, berbanding sekadar menggunakan perbicaraan menerusi media,” katanya.
Megat juga berkata, Azam tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit dan menaruh kepercayaan terhadap sistem kehakiman di Malaysia bagi mengendalikan perbicaraan secara seadilnya.
“Anak guam kami sekali lagi menegaskan bahawa SPRM komited untuk melindungi pemberi maklumat yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.
Azam terpalit dengan isu pemilikan jutaan saham dan waran syarikat tersenarai awam semasa beliau menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.
Pada sidang media sebelum ini, Azam menjelaskan pembelian itu dibuat oleh adiknya Nasir dengan menggunakan akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Azam menegaskan, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Sekuriti yang mahu mendapatkan penjelasan daripadanya. FMT
Azam Baki saman Lalitha
Baca Artikel Menarik :
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat
You must be logged in to post a comment.