Polis sahkan Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Iskandar Puteri

Sebaran :

Polis sahkan Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Iskandar Puteri

JOHOR BAHRU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Johor FA, Shebby Singh disahkan meninggal dunia ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar, pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

“Ya (meninggal di kawasan Iskandar Puteri). Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah dia terbabas ketika sedang berbasikal.



“Kejadian tersebut juga tiada kaitan dengan sebarang insiden langgar lari,” katanya.

Berita yang tular di media sosial mendakwa Shebby atau nama sebenarnya Serbegeth Singh meninggal dunia kerana mengalami seorang jantung.

Mendiang pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada 1982 hingga 1991 dan telah beraksi pada sukan Asia di New Delhi pada 1982, sukan Asia di Seoul pada 1986 dan sukan Asia di Beijing 1990.

Selain itu, Shebby turut berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur pada tahun 1989.



Mendiang yang berasal dari Johor itu turut pernah menyarung jersi Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Beliau turut bergiat aktif sebagai pengulas sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa. Utusan

Polis sahkan Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Iskandar Puteri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *