Anak bekas pemimpin nombor 2 MIC sertai Warisan
Anak bekas pemimpin nombor 2 MIC sertai Warisan
Bekas anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC selama dua penggal, S Sunther membuat keputusan untuk beralih arah dengan menyertai Warisan.
Sunther percaya penubuhan parti berbilang kaum itu merupakan satu langkah ke hadapan.
“Saya menyertai Warisan kerana saya percaya kepada visi dan hala tujunya.
“Saya kini fokus untuk dapat menyumbang kepada parti baru saya dan membina jentera akar umbi yang kuat untuk dapat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.
“Saya benar-benar merasakan parti berbilang kaum perlu untuk menggapai Malaysia yang benar-benar bersatu — bukan dengan mengenepikan kaum dan agama, tetapi dengan merangkul dan menghormati perbezaan antara kita.
“Warisan merangkumi semua kaum; dan semua lapisan masyarakat. Saya tahu saya boleh memainkan peranan yang besar (dalam hal itu),” katanya semasa wawancara dengan Malaysiakini.
Sunther ialah pengarah urusan akhbar harian berbahasa Tamil, Makkal Osai.
Berusia 43 tahun, dia juga adalah anak kepada bekas timbalan presiden MIC, Subramaniam Suppiah.
Subramaniam merupakan saingan lama kepada bekas presiden MIC Samy Vellu. Dia digugurkan sebagai calon oleh Samy Vellu pada pilihan raya umum ke-11 — tiga hari sebelum hari penamaan calon.
Sunther berkata dia tidak menafikan pertelagahan yang berlaku dalam MIC selama ini, tetapi menjelaskan mendapat restu untuk menyertai Warisan daripada mereka yang sehaluan dengan bapanya.
Tambahnya, walaupun dia menyertai parti berbilang kaum itu, dia sedia bekerjasama dengan MIC dalam usaha memartabatkan masyarakat India.
“Keluarga saya akan sentiasa bersama MIC tetapi apabila kita menghampiri era baru, saya terpaksa membuat pilihan mengikut apa yang saya percaya — untuk beralih kepada parti bukan berasaskan kaum.
“MIC sentiasa membela nasib masyarakat India. Saya sentiasa gembira untuk bekerjasama dengan mereka dalam mencapai matlamat mereka untuk memartabatkan masyarakat India,” katanya.
Sunther menyamakan keputusannya dengan langkah politik yang diambil presiden Warisan sendiri, Shafie Apdal.
Shafie dipilih sebagai ahli parlimen dari Umno pada 1995 sebelum dilantik sebagai naib presiden parti itu selama bertahun-tahun.
Begitu juga, naib presiden Warisan Junz Wong pertama kali memenangi kerusi DUN Likas pada 2013 atas tiket DAP, tetapi kemudiannya bertanding di bawah tiket Warisan pada pilihan raya umum 2018.
“Perkara seperti ini berlaku, manusia menyesuaikan diri dan berubah, demi kemajuan negara dan kerana itu Warisan ditubuhkan. Saya melihat Warisan sebagai masa kini dan masa depan negara ini,” kata Sunther. Mk
Anak bekas pemimpin nombor 2 MIC sertai Warisan
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki dilempang berkali-kali lebih tiga minit kerana ramas bontot gadis
- Intan Najuwa teruja mandi lumpur dalam bendang
- PPIM gunakan pengaruh Bossku untuk sampaikan memorandum kepada PM
- Nadir dedahkan pembunuh Imam Fadi
- Penyingkiran Saiful Apek, Yasin akibat ‘mainan’ GV – Vida
- Terpaksa putus cinta kerana Talasemia (Video)
- Rakyat mahu lihat anak Khairy divaksin dahulu – Catriona Ross
- Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib
- Tudung Natasha Hudson terbang atau dah tanggal?
- Sedut wang akaun mangsa
- Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)
Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi
You must be logged in to post a comment.