Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu
Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu
Pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq hari ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.
Abu Syafiq dalam satu hantaran video di laman media sosialnya berkata ahli Dewan Negara itu juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Hal itu kerana, katanya, selain dia, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu namun tidak mendapatkan vaksin terbabit.
Menurut Abu Syafiq, mereka termasuk Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya ingin menjawab menteri agama, Ustaz Idris Ahmad, kononnya nak siasat saya sebab saya tak vaksin MM (meningococal meningitis). Vaksin MM ini adalah vaksin yang dapat (buku) warna oren, warna kuning itu.
“Hati-hati buat kenyataan. Ada beza vaksin MM dengan vaksin yang lain.
“Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin PAS, orang yang bersama menteri agama sekarang bahkan Tuan Ibrahim menteri alam sekitar, beliau sewaktu banjir sebelum ini datang buat umrah tak ada vaksin MM,” dakwanya.
Abu Syafiq berkata demikian mengulas kenyataan Idris semalam menyelar tindakannya dan menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas bagi memastikan tindakan sama tidak berulang sekali gus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.
Tular di media sosial
Mengulas lanjut, Abu Shafiq berkata Idris seharusnya menyiasat Tuan Ibrahim terlebih dahulu sebelum meminta pihak berkuasa bertindak terhadap dirinya.
“Semak menteri alam sekitar buat Umrah tak vaksin MM, Ustaz Abu Syafiq pun sama.
“Jadi, sebelum nak panggil saya, nak semak saya, menteri agama perlu semak menteri alam sekitar dulu. Dia vaksin MM ke tidak semasa dia datang umrah,” gesanya.
Tuan Ibrahim sebelum ini dilaporkan berada di Mekah kerana menunaikan umrah ketika negara dilanda musibah banjir besar sehingga mengorbankan banyak nyawa 18 Dis lalu.
Untuk rekod Tuan Ibrahim merupakan timbalan presiden PAS manakala Idris adalah naib presiden parti itu.
Terdahulu, hantaran Abu Syafiq di media sosial tular selepas dia memuat naik kenyataan kejayaannya ke Mekah dan membawa jemaah walaupun tidak menerima vaksin MM.
Abu Syafiq juga didakwa antara individu yang menolak vaksin Covid-19 berdasarkan beberapa kenyataan dan video dimuat naik di laman sosialnya.
Pada 6 Jan lalu, Kementerian Kesihatan mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain. Mk
Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu
Baca Artikel Menarik :
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat