Zuraida dalam dilema, lompat lagi atau kekal bersama Bersatu
HAIRAN bin Ajaib. Mengapa sampai sekarang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin masih enggan isytihar menyokong Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru ditubuhkan?
Larry Sng Wei Shien, presiden PBM pun sudah sahkan 53,000 ahli partinya dianggotai Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang dinaungi Zuraida.
Padahal pada masa sama, Ahli Parlimen Ampang itu sah-sah adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bukankah ikut istilah politik, dipanggil `tikam belakang’?
Apa yang menyekat Zuraida sampai terpaksa `kunci mulut’ memilih Bersatu atau PBM?
Utusan Malaysia difahamkan, jawatan menteri disandang Zuraida adalah kuota Bersatu.
Begitu juga jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (juga ahli MPT Bersatu) mahu sertai PBM, maka dia dan Zuraida kena kosongkan kerusi menteri.
Tanpa berjawatan menteri, mana-mana pemimpin akan kehilangan `tongkat politik’ untuk menempatkan orang-orangnya dalam kerajaan. Hal sama terjadi pada seorang, dua pemimpin dari sebuah parti. Bila dilihat agak `mengancam kedudukan’ bos mereka, lantas tidak diangkat lagi jadi menteri.
Ini susulan dia dilihat cuba mengukuhkan kedudukannya menerusi pelantikan penyokong di satu dua tempat strategik.
Jika Zuraida tidak lagi berjawatan menteri, adakah berbaloi dirinya berada dalam PBM?
Beliau barangkali melihat bagaimana rakan-rakannya yang terlibat dalam Langkah Sheraton Februari 2020 diberi keistimewaan macam-macam bila duduk dalam kerajaan.
Di sebalik itu, kalau Zuraida dan beberapa lagi ahli parlimen `terbang’ ke PBM, bukan tergugatkah kerajaan yang cuma bersandarkan majoriti satu dua kerusi?
Politik Malaysia hari ini sungguh dinamik. Dengan amat bergantung pada `angka/nombor’, mana-mana parti terpaksa lebih berwaspada terhadap tindak tanduk karekter tertentu yang berupa dedalu.
Dedalu tidak tumbuh di tanah. Dedalu hidup di pangkal dahan pokok-pokok rendang dan sentiasa duduk di atas.
Malangnya, pohon rendang itu selalunya akan mati kerana dedalu yang menumpang hidup itu. Dalam bahasa saintifik, dedalu ini adalah parasit.
Adakah dedalu-dedalu ini akan membesar dan merimbun di pokok rendang? – UTUSAN ONLINE
Zuraida dalam dilema, lompat lagi atau kekal bersama Bersatu
Baca Artikel Menarik:
- Di Mana-Mana Babi Hutan
- Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati
- Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’
- Nabila Huda dah patut mati lama dahulu
- Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui
- Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15
- Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah
- Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai
- Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen
- Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
- Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad
You must be logged in to post a comment.