Lim Kit Siang Tidak Desak isu 16.6 bilion Goldman Sachs Tapi Desak isu Saham Azam

Oleh Nurul Aishah

LIM Kit Siang dilihat tidak pernah jujur bertindak dalam semua perkara. Semua langkah beliau mempunyai motif demi kepentingan peribadi. Perkara itu semua rakyat Malaysia sudah tahu maka asakan beliau terhadap Ketua Pengarah SPRM dapat diduga berdasarkan dendam terhadap Azam Baki.

Apabila Lim Kit Siang mengasak secara bertali arus begitu, ramai pihak mempertikaikan mengapa beliau bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain tidak pernah membangkitkan persoalan berhubung penyelesaian sebanyak RM16.6 bilion antara Goldman Sachs Group Inc (Goldman) dengan kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB.



Goldman bersetuju dengan penyelesaian itu selepas mengakui pegawainya menyogok beberapa pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB yang tidak dinamakan.

Namun begitu tiada sesiapa daripada PH atau kem Mahathir yang tampil menggesa tindakan atau menuntut untuk mengetahui identiti pegawai kerajaan dan 1MDB yang diakui disogok oleh Goldman.

Mereka turut membisu berhubung pendedahan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diperolehi semula daripada Singapura di tangan sebuah syarikat milik keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.

Pasukan pembelaan Goldman di Amerika Syarikat sebelum ini berkata, mereka mempunyai bukti “exculpatory” yang boleh membersihkan nama Datuk Seri Najib di mahkamah, walaupun usaha untuk mendapatkan maklumat itu dihalang kerajaan AS.



Tambah menjengkelkan, Kerajaan Malaysia turut tidak mahu mendedahkan maklumat tersebut sebab mereka rahsiakan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs dan klasifikasikannya sebagai OSA.

Mungkin kerajaan Malaysia lupa bahawa rakyat sangat ingin tahu apakah bukti “exculpatory” yang boleh membersihkan nama Datuk Seri Najib di mahkamah itu. Sudah-sudah lah menganiaya DS Najib. Selagi beliau terus dianiaya selagi itu makin banyak musibah menimpa rakyat. Masihkah ingat sumpah mubahalah yang DS najib lafazkan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker