11 harimau belang berkeliaran, Perhilitan pantau Pos Bihai



SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan operasi pemantauan di perkampungan orang asli Pos Bihai, Gua Musang di Kelantan susulan kelibat 11 ekor harimau belang dilihat berkeliaran di kawasan itu sejak Isnin.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung berkenaan operasi mengesan dan menangkap haiwan liar tersebut.

Menurutnya, Perhilitan turut memberi taklimat kepada penduduk tempatan berkaitan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di luar kawasan rumah.

“Tindakan yang telah dilaksanakan jabatan adalah memasang tiga buah perangkap harimau belang (perangkap Wahab) iaitu dua di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada 7 Januari melaporkan seorang lelaki orang asli, Anek Along maut dibaham seekor harimaudalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai.




Susulan itu, komuniti orang asli di kawasan itu hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan harimau belang di belakang rumah penduduk di Kampung Bihai Lama.

Walaupun harimau yang membaham Anek Along berjaya diburu oleh Perhilitan, penduduk tempatan mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 11 ekor harimau belang masih berkeliaran di kawasan tersebut.

11 harimau belang berkeliaran, Perhilitan pantau Pos Bihai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET





Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.