Pemuda UMNO Sedia Sebarang Kemungkinan Pada 22 Januari Ini

Pemuda UMNO Sedia Sebarang Kemungkinan Pada 22 Januari Ini

KOTA BHARU: Pemuda UMNO negeri bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya keputusan yang bakal diperoleh selepas pertemuan antara UMNO dan Pas negeri pada 22 Januari ini tidak seperti yang diharapkan.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, apa yang penting, usaha untuk sama-sama mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti itu dilaksanakan sebaik mungkin.



“Pemuda UMNO Kelantan berharap pertemuan dengan Pas Kelantan nanti dapat memuktamadkan perkara utama hubungan politik yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

“Ini penting bagi memberi peluang kedua-dua parti menggarap hala tuju perjalanan politik negeri Kelantan yang tentunya amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

“Bagi pihak UMNO, kami merasakan kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya apa yang diputuskan dalam perbincangan nanti tidak seperti yang kami inginkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, perkara paling utama ialah sama ada Pas masih mahu bersama dengan UMNO atau pun lebih selesa memilih parti lain sebagai rakan kongsi politik mereka di Kelantan.



Jelasnya, walaupun UMNO mungkin tidak sekaya parti lain dari segi wang ringgit tetapi UMNO menawarkan persahabatan jujur yang melangkaui sempadan politik ketika mereka sama-sama menjadi pembangkang.

“Sejarah telah membuktikan setelah Piagam Muafakat Nasional dimeterai, UMNO tidak pernah membelakangi Pas dalam membuat keputusan demi penyatuan ummah dan tidak sesekali menikam belakang kawan.”-AA

Pemuda UMNO Sedia Sebarang Kemungkinan Pada 22 Januari Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker