Apa kaitan SK Assumption dengan Najib?

Apa kaitan SK Assumption dengan Najib?

Najib Razak membidas seorang wakil rakyat DAP kerana menjadikan langkah penutupan sebuah sekolah di Pulau Pinang sebagai isu perkauman dan agama.

Ini menyusul dakwaan Satees Muniandy bahawa perjanjian tanah yang dipertikaikan di sebalik penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption dibuat ketika Najib menjadi Menteri Pendidikan.

“Satees perlu beritahu perkara sebenar. Ya, saya ialah menteri pada 1995, tetapi gereja itu sendiri yang menjual tanah asal mereka dan menutup sekolah itu pada tahun sama.

“Gereja itu kemudiannya melepaskan haknya ke atas sekolah itu,” katanya kepada FMT.

Najib berkata, susulan penutupan sekolah itu pada 1995, pelajarnya menggunakan kelas di SK Jalan Sungai Nyior selama 13 tahun sehingga bangunan sekarang dibina pada 2008 dan nama asalnya dikembalikan.

“Ia bukan lagi sekolah mubaligh dan menjadi sekolah kerajaan mulai 1995. Jadi, kenapa mendakwa kerajaan semasa mahu menutup sekolah mubaligh sedangkan sebabnya mungkin kerana kekurangan pelajar berbanding bajet?

“Tetapi, saya ingin tanya YB Satees, berapa ramai pelajar yang mendaftar di sekolah besar tiga tingkat itu pada 2021 dan 2022? Adakah beliau tanya sebab sebenarnya penutupan sekolah itu?

“Adakah disebabkan pendaftaran rendah atau isu tanah atau kedua-duanya? Jadi, kenapa anda menuduh penutupan itu akibat status ‘mubaligh’, lebih-lebih lagi selepas gereja itu sudah lama melepaskan haknya ke atas sekolah itu?”

Najib berkata, itulah sebabnya beliau menggesa Kementerian Pendidikan menjelaskan punca sebenar penutupan sekolah itu kerana tidak mahu ia menjadi isu perkauman dan agama.

“Tetapi, saya tidak faham kenapa Satees mahu menjadikannya isu perkauman dan agama,” katanya selain menambah bahawa beliau tidak menentang sekolah mubaligh.

“Saya sendiri belajar di sekolah mubaligh, St John’s Institution untuk pendidikan rendah dan menengah saya.”

Satees turut menyatakan kekurangan pelajar bukan alasan menutup SK Assumption kerana ada banyak sekolah lain dengan jumlah pelajar yang sedikit seperti SK Tebing Rebak di Bagan Datuk dengan hanya empat pelajar. SK Assumption mempunyai 55 pelajar.

Najib berkata, terdapat lima sekolah rendah lain di Bagan Dalam dengan lokasinya terletak berhampiran SK Assumption, termasuk SK Kuala Perai sejauh 350m dengan kira-kira 300 pelajar dan sebuah lagi sekolah rendah di Kampung Tebing Retak yang mempunyai 120 pelajar.

Mengenai dakwaan Satees bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu mengabaikan isu pengambilan tanah dan bangunan sejak 2008, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam itu patut tanya bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Beliau ialah Menteri Pendidikan ketika itu.”

Najib turut meminta Satees bertanyakan Menteri Pendidikan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, kenapa isu tanah tidak diselesaikan ketika mereka berkuasa.

“Malah, YB Bagan (Lim) tidak pernah membangkitkan isu tanah SK Assumption hingga kini. Jika ia menjadi isu ketika itu, beliau dengan mudah boleh meluluskan bajet untuk membeli tanah ketika menjadi Menteri Kewangan.”

SK Assumption diasaskan pada 1933 oleh La Salle Brothers daripada gereja Katolik.

Apa kaitan SK Assumption dengan Najib?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker