Pelajar SK Bihai terpaksa belajar dari rumah kerana dihantui ‘Pak Belang’

Susulan diancam harimau liar sejak beberapa hari lalu, sesi persekolahan bersemuka Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai, Gua Musang, Kelantan, ditangguhkan.

Menurut sumber, perkara itu dimaklumkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang dalam satu notis pemakluman bertarikh 8 Januari 2022.

Menurut notis tersebut, guru dan murid sekolah berkenaan bagaimanapun dikehendaki menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR).



“Pihak PPD Gua Musang memaklumkan pembukaan sekolah penggal ketiga bagi sesi 2021/2022 ditangguhkan susulan ancaman harimau.

“Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka akan dilakukan selepas diberi jaminan keselamatan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan,” kata sumber yang enggan disiarkan namanya.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau dekat Pos Bihai, di Gua Musang, jam 9 pagi pada 7 Jan lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa dikenali sebagai Anek Bin Along berusia 59 tahun.



Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 tengah hari daripada kakitangan Perhilitan Kelantan dan maklumat itu kemudiannya disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Sementara itu, Malaysiakini cuba mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Zulkernai Fauzi.

Dia sebaliknya hanya meminta Malaysiakini menghubungi Pegawai Komunikasi dan Korporat JPN, Che Hanuni Che Harun.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh pegawai terbabit dan menyatakan perkara itu perlu dirujuk kepada Unit Komunikasi dan Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Dalam perkembangan sama, Malaysiakini cuba menghubungi Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Setiausaha akhbarnya Mohd Yusof Saari kemudiannya memaklumkan isu tersebut sepatutnya dirujuk kepada kepada JPN Kelantan yang lebih arif dengan isu tempatan.

Pelajar SK Bihai terpaksa belajar dari rumah kerana dihantui ‘Pak Belang’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker