Wahab dipenjara dua bulan kerana serang adik lelaki

Wahab dipenjara dua bulan kerana serang adik lelaki

MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas kesalahan menyerang adik lelakinya kerana berang mangsa mengadu dia membawa rakan disyaki penagih ke rumah mereka, minggu lalu.

Tertuduh, Abdul Wahab Alimun, 56, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pada prosiding di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Nabilah dalam penghakimannya, turut menimbangkan fakta kes, hujah pihak pendakwaan bagi pemberatan hukuman dan rayuan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyerang adiknya, Abdul Wahib, 50, dalam bilik sebuah rumah di Jalan Bukit Rambai di sini, jam 3.50 petang pada 16 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tiga bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada masa kejadian, tertuduh menendang pintu bilik pengadu sambil memaki hamun mangsa yang ketika itu berada bersama isteri dan anaknya.

Tertuduh dikatakan tidak berpuas hati kerana adiknya mengadu kepada ibu saudara mereka bahawa dia membawa rakan ke rumah yang mana pengadu pasti adalah pengguna dadah seperti tertuduh.

Tertuduh kemudian mengeluarkan sebilah pisau lipat dari dalam bajunya. Pengadu yang berasa terancam membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan tertuduh.

Sementara itu tertuduh turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah jenis morfin ke dalam dirinya.

Mahkamah menetapkan 3 Januari depan untuk mendapatkan laporan patalogi dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. BH

Wahab dipenjara dua bulan kerana serang adik lelaki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker