Ikhlas atau mahu kerusi, hasrat PBM sertai BN perlu diteliti

Ikhlas atau mahu kerusi, hasrat PBM sertai BN perlu diteliti

Penerimaan Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai komponen baharu Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan negatif terhadap hubungan antara gabungan itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, jika diterima, Presiden Larry Sng pasti akan bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak atas tiket dan bendera BN.



“BN adalah rakan karib GPS. Oleh itu, pada hemat saya ia bukanlah idea yang baik untuk menerima mereka (PBM),” katanya dalam tulis di Facebooknya.

Pada masa sama, Isham turut mempersoalkan motif sebenarnya PBM mahu menyertai BN sama ada menyokong tanpa syarat ataupun mahu meminta kerusi semata-mata.

“Jika hasrat PBM untuk kerusi, saya termasuk akar umbi tidak boleh terima terutama kamu (wakil rakyat PBM) melompat parti dan bekas katak.

“Ini hanya pendapat saya. Apa-apa pun terima kasih kerana sokong BN dan saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan yang bijak,” tulis beliau.



Hari ini, Sng dilaporkan berkata, 12 bahagian PBM telah mencadangkan usul supaya parti itu menjadi komponen BN dan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Beliau berkata, usul itu dipersetujui oleh pemimpin tertinggi parti dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan kepimpinan BN tidak lama lagi.

“Kami membuat keputusan ini kerana kami melihat PBM boleh menjadi parti berbilang kaum dalam gabungan BN untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi penting.

“Selain itu, memandangkan BN telah membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang stabil pada masa lalu dan gabungan itu mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara, keputusan PBM untuk menyertai BN adalah strategi yang tepat,” katanya.



Bagaimanapun, Sng mengakui perjalanan parti itu untuk diterima sebagai parti komponen BN masih jauh kerana mereka perlu melalui perbincangan lanjut dengan parti komponen dalam BN.

“Kami akan menyatakan hasrat untuk menyertai BN kepada pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi,” beliau dipetik berkata. FMT

Ikhlas atau mahu kerusi, hasrat PBM sertai BN perlu diteliti


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker