Isu Azam Baki: Kerajaan tak diam, tunggu siasatan selesai – Ismail
Isu Azam Baki: Kerajaan tak diam, tunggu siasatan selesai – Ismail
Semua pihak harus memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan pembelian saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan berhubung kes itu kini dilakukan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti selain siasatan dalaman oleh SPRM sendiri, dan ia sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan berdiam diri.
“Saya sentiasa dimaklumkan dan memantau isu berkaitan SPRM, tindakan telah diambil dan gambaran diberikan kerajaan berdiam diri adalah salah. SPRM merupakan suruhanjaya bebas (dan) ada tatacara sendiri kendalikan perkara seperti ini.
“Kita tunggu selesai siasatan, kita tidak boleh ‘jump to conclusions’ seolah-olah Azam Baki bersalah, kita perlu berlaku adil kepada sesiapa sahaja, selepas selesai siasatan baru ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan dan bakul makanan kepada 206 keluarga mangsa banjir Kota Marudu di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.
Ismail berkata, demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang mendesak Azam dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang disiasat segera oleh satu badan bebas berhubung dakwaan itu, selain menyarankan dua individu berkenaan ‘direhatkan’ sementara siasatan berjalan.
Perdana Menteri berkata, beliau memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dengan salah laku, namun menyeru semua pihak supaya sentiasa konsisten dan berlaku adil terhadap sesiapa sahaja.
“Kita mesti yakin dan percaya dengan sistem yang kita ada, biar SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti siasat dahulu… dahulu ada Ketua Menteri Pulau Pinang disiasat, tiada pula saranan direhatkan, kita kena konsisten jangan pula ada dwistandard,” katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah badan bebas, tiada campur tangan dalam SPRM termasuk daripada Perdana Menteri sendiri dan menurutnya badan itu akan dipastikan kekal bebas. FMT
Isu Azam Baki: Kerajaan tak diam, tunggu siasatan selesai – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?