SC mahu Azam jelaskan kenyataan beli saham guna akaunnya

SC mahu Azam jelaskan kenyataan beli saham guna akaunnya

Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan “menghubungi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk memberi penjelasan” susulan pendedahan adiknya membeli saham menggunakan akaun beliau.

Ini menyusul pendedahan Azam semalam yang yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk membeli saham

SC dalam kenyataan hari ini berkata, mereka akan memanggil Azam untuk mengesahkan kenyataan dibuatnya “dan juga mengumpul bukti berkaitan”.

Katanya, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat perlu dibuat atas nama pemilik benefisial.

Katanya, akaun itu juga boleh dibuka atas nama “penama yang diberi kuasa”.

SC merujuk Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Azam berdepan tekanan untuk menjelaskan pemilikan berjuta-juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam pada 2015 dan 2016.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang telah mengadakan sidang media khas semalam untuk menjelaskan isu itu.

Abu Zahar berkata saham itu dibeli atas nama Azam oleh adiknya dan mengisytiharkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Jelasnya, Azam telah memindahkan saham itu kepada adiknya.

Bagaimanapun, sidang media itu menimbulkan persoalan dengan pembangkang menuduh Abu Zahar bertindak di luar bidang kuasanya.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata pengakuan itu mungkin boleh menjadi pelanggaran terhadap Sicda.

Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa sebelum ini turut menegaskan Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2002 melarang penjawat awam memiliki saham melebihi RM100,000.

SC mahu Azam jelaskan kenyataan beli saham guna akaunnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker