Lalitha terima surat tuntutan berhubung dakwaan fitnah Azam

SHAH ALAM – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Perkara tersebut disahkan Lalitha menerusi laman Twitternya pada Khamis.

“Saya sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, Azam memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

Tangkap layar Twitter Lalitha pada Khamis.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujangmemaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.

Penjelasan Azam Baki tidak cukup, siasatan suruhanjaya bebas masih perlu. Dalam ciapan itu juga menyatakan surat bertarikh 6 Januari berkenaan dikemukakan Azam menerusi firma guaman Zain Megat dan Murat.

Lalitha terima surat tuntutan berhubung dakwaan fitnah Azam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Raja Bomoh ancam saman RM300 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker