Tragedi kren tumbang Makkah, Kumpulan Saudi Binladin didenda AS$5.3 juta

Tragedi kren tumbang Makkah, Kumpulan Saudi Binladin didenda AS$5.3 juta

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda AS$5.3 juta (RM22.60 juta) terhadap Kumpulan Saudi BinLadin serta penjara ke atas tujuh individu berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah sehingga menyebabkan kematian pada 2015.

Lebih 100 orang terbunuh dalam kejadian itu, termasuk tujuh mangsa jemaah haji Malaysia.



Kren seberat 1,350 tan itu tumbang di Masjidil Haram, sebelum serpihan konkrit menimpa jemaah haji yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Syarikat pembinaan berkenaan didenda dengan jumlah yang besar kerana cuai dan melanggar peraturan keselamatan.

Tiga daripada defendan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda 30,000 riyal (RM35,130.45), manakala empat lagi dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda 15,000 riyal (RM17,565.23).

Bagaimanapun, media tidak melaporkan nama atau kewarganegaraan tertuduh.



Mahkamah juga memutuskan bahawa syarikat terbabit tidak perlu membayar wang pampasan kepada waris mangsa yang terbunuh.

Syarikat berkenaan sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kejadian itu mencalarkan imej keluarga diraja Saudi kerana syarikat berkenaan turut mempunyai hubungan rapat dengan keluarga yang berperanan menjaga tapak suci itu.

Ketika kejadian, Raja Salman turut mempersoal mengapa kren itu tidak disimpan dengan rapi ketika ia tidak digunakan. BH



Tragedi kren tumbang Makkah, Kumpulan Saudi Binladin didenda AS$5.3 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker