Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
Pada hari Jumaat terakhir tahun 2021 baru-baru ini, dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang di persimpangan empat berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju Seksyen 2.
Insiden yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Honda Civic terbabit telah dirakam oleh dashcam milik satu lagi pengguna jalan raya yang berada di belakang kedua-dua kenderaan tersebut.
Insiden tersebut telah menarik perhatian warganet yang berasa terkejut dan kecut perut apabila melihat pokok di tepi jalan itu tumbang secara tiba-tiba, lalu menghempap dua kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat merah.
Tambah orang ramai lagi, nasib baik pemandu Myvi itu menggerakkan keretanya kehadapan sedikit, jika tidak sudah pasti pokok tersebut akan jatuh mengenai bahagian cermin hadapan dan boleh mencederakan penumpang di dalamnya.
Netizen juga berkongsi pendapat bahawa amat penting ketika waktu ini mendapatkan Perlindungan Tambahan Peril Khas di dalam insurans bagi membantu diri sendiri mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan pelbagai lagi.
Pada masa yang sama, orang ramai juga memuji ‘ketahanan’ model Perodua Myvi terbabit yang kelihatan masih utuh walaupun kereta hatchback itu dihempap batang pokok besar.
Memetik laporan Sinar Harian, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.
Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi. Pihaknya bertindak memotong dan mengalihkan pokok itu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
https://twitter.com/rudyakhbar_/status/1478292467912896513?s=20
Dalam sesaat king anjak sikit kedepan jatuh pokok tu dkt seat blkg. Syukur https://t.co/CpvbGxaZim
— Uder (@ir_ame) January 4, 2022
Tambah pihak JPBM lagi, tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang. Pokok tersebut tumbang susulan angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
Baca Artikel Menarik :
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU</a