Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz

Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz

Oleh Nor Miswary Ramli

PAS berevolusi daripada ketokohan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mempamerkan kedamaian dan memberikan keyakinan kepada bukan Melayu dan bukan Islam mengenai keindahan politik.

Malangnya, kini PAS sedang mencarik-carikkan imej tersebut semahunya.

PAS telah merosakkan imej agama yang tidak pernah menjadi hak mutlak merekapun untuk mempromosikannya.

Adakah presiden PAS dan pimpinannya tidak lagi cinta kepada kesatuan dan keharmonian sesama kita dan negara, di mana di dalamnya ada rakan-rakan kita yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam?

Gambar-gambar ini adalah bukti bahawa PAS telah memberikan mesej yang jauh menyimpang daripada cita-cita dan nilai agama Islam.

Mesej yang diberikan adalah salah, mengelirukan dan keterlaluan.

Ini ketika pentadbiran negara sedang bergelut membina semula negara menghadapi cabaran ekonomi dan ragam politik perkauman dan naratif agama yang dijual begitu murah dalam dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas.

Jujurnya, PAS tidak perlu diminta bertaubat apatah lagi disuruh menurunkan gambar-gambar provokatif yang ditonjolkan ini.

PAS akan kekal begitu walaupun apa jua pandangan dan hujah balas kepada pemimpin mahupun ahli-ahli mereka.

Tanggungjawab kita, adalah teruskan mendidik dengan memberikan gambaran sebenar wajah Islam yang cintakan kedamaian dan toleransi.

Tunjukkan displin yang tinggi dan keikhlasan dalam bekerja, santunilah mereka yang diluar PAS ini dengan hikmah dan akhlak dan yang paling baik.

Dengan cara ini sahajalah, perlahan-lahan PAS akan menjadi tidak relevan lagi. Mk

Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker