Lelaki temui pesawat empat sayap

IMEJ pesawat mempunyai empat sayap yang dirakam oleh Scott C Waring. – Google

WASHINGTON – Seorang pengguna aplikasi pemetaan, Google Earth mendakwa menemui sebuah pesawat mempunyai empat sayap dan empat enjin di landasan sebuah lapangan terbang komersial yang sibuk, lapor  akhbar Daily Star semalam.

Pesawat tidak masuk akal itu didakwa merupakan hasil kerja makhluk asing dalam satu hantaran di saluran YouTube, UFO Sightings Daily.

Pengguna berkenaan, Scott C Waring mendakwa pesawat ganjil itu dikesan pada koordinat  47°26’29.99 Utara dan 122°18’20.19 Barat. Ia menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Washington.

Bagaimanapun, pesawat pelik itu tidak lagi kelihatan dipercayai berpunca daripada imej satelit Google Earth yang dikemas kini.

“Objek ini tidak seperti mana-mana pesawat yang saya pernah lihat,” katanya.

Scott mendakwa bahawa gambar itu tulen tanpa sebarang manipulasi.

“Kita mendengar banyak laporan tentang objek terbang tidak dikenali (UFO) menyamar sebagai komet, kapal angkasa SpaceX termasuk menyamar sebagai pesawat supaya ia boleh terbang tanpa menarik perhatian,” katanya.

Sejak dimuat naik pada Ahad lepas, rakaman video itu sudah mencatatkan lebih 2,000 tontonan dengan rata-rata netizen berdebat sama ada imej itu berpunca daripada masalah rakaman satelit dan bukan perbuatan makhluk asing. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhkriz duduk bawah ketiak Mahathir saja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker