Muhkriz duduk bawah ketiak Mahathir saja

SHAH ALAM – “Sehebat-hebat Mukhriz, anak bangsawan ini tidak dapat melindungi fakta sejarah dua kali beliau dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan jalan,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi calon sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut Hassan, Mukhriz tidak pernah memegang jawatan Menteri Besar Kedah dari awal hingga ke akhir seperti mana menteri besar yang lain.

“Selemah-lemah Anwar yang dikatakan oleh Mukhriz masa untuknya sudah berlalu, pada hari ini beliau masih menjadi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Penulis bukan suka sangat hendak menulis cerita begini, tetapi apabila Mukhriz Mahathir berani bersuara celupar dan kurang adab, maka beliau perlu menerima ulasan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, Mukhriz perlu sedar ramai rakyat termasuk anggota PKR dan penyokong PH yang kecewa apabila bapa beliau yang juga Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang telah dijanjikan kepada Anwar.

“Cakaplah apa jua yang Mukhriz mahu cakap untuk memperkecil dan memperlekeh Anwar Ibrahim sebab beliau berjiwa besar untuk terganggu dengan kata-kata yang Mukhriz lontarkan.

“Tetapi penulis kerdil ini tidak akan membiarkan pemimpinnya yang telah berkorban untuk rakyat dan negara meringkuk di dalam penjara lebih 11 tahun lamanya diperkotak-katikkan ahli politik muda anak bangsawan yang tidak pernah semalam pun meringkuk dalam lokap kerana berani bersuara untuk rakyat.

“Bagaimanapun, penulis masih memberi peluang dan hak Mukhriz yang menjadi Presiden Pejuang dengan hanya ada empat orang ahli Parlimennya di seluruh negara mempersenda dan mengecilkan kekuatan sokongan Anwar yang mempunyai lebih 30 ahli Parlimen PKR dan lebih 90 ahli Parlimen PH keseluruhannya,” tegasnya.

Muhkriz duduk bawah ketiak Mahathir saja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker