Insiden Kaki Nabila Razali Tersadung-“Sakit Hanya Satu Peratus Sahaja, Tapi Malu Tu Lagi Banyak’ [VIDEO]

Insiden Kaki Nabila Razali Tersadung-“Sakit Hanya Satu Peratus Sahaja, Tapi Malu Tu Lagi Banyak’ [VIDEO]

MALU… Itulah perasaan penyanyi Nabila Razali yang tersandung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Akibat dari insiden tersebut, kaki Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit lebam namun tiada kecederaan yang serius.

“Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. Kesan daripada tersandung itu, ada lebam sikit.

“Tak ada apa yang serius… sakit itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

“Saya pun diberi tanggungjawab untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu bersempena sambutan tahun baharu,” kata Nabila kepada mStar.

VIDEO DIBAWAH:-

Sebelum ini, video memperlihatkan Nabila jatuh terjelepok ketika berjalan menuju ke pentas dengan diiringi muzik lagu Pematah Hati nyanyiannya mengundang perhatian netizen.

Biarpun terjatuh tanpa diduga, Nabila yang juga seorang pelakon tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Putus ini mengakui rasa sakit hilang disebabkan terlalu malu jatuh di hadapan ramai tetamu.

Nabila menganggap insiden tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

“Ikutkan perasaan malu 99 peratus, sakit itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

“Saya berharap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi… Insya-Allah. Alhamdulillah, semua orang pun terhibur pada malam itu.

“Ia sebagai penutup la untuk tahun 2021 saya. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum,” ujarnya.-mSTAR

Insiden Kaki Nabila Razali Tersadung-“Sakit Hanya Satu Peratus Sahaja, Tapi Malu Tu Lagi Banyak’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker