JPJ iring lori balak, ini sebabnya

JPJ iring lori balak, ini sebabnya

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjelaskan video tular di Facebook menunjukkan pihaknya mengiringi lori balak ditahan melalui ‘Ops Khas Lori Balak’ semalam, bertujuan memastikan pemandu melakukan timbang berat seperti diarahkan, selain memastikan mereka tidak meloloskan diri.

JPJ dalam kenyataan media berkata, operasi itu diadakan JPJ Kelantan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan tindakan mengiringi lori terbabit bukan memberi ‘perlindungan’ seperti persepsi negatif dibuat pemilik akaun Facebook.

Menerusi Ops itu, JPJ menahan 30 lori balak dan melakukan pemeriksaan sebelum semua kenderaan berat itu diarah untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa (SPK) Mentara, Gua Musang, dengan diiringi kenderaan rasmi JPJ.

Selain itu, melalui operasi berkenaan, JPJ turut mengeluarkan 56 notis kesalahan membabitkan 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Aka Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak JPJ tidak teragak-agak mengambil tindakan susulan jika tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas sebagai badan penguat kuasa jalan raya di negara ini,” katanya.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi 44 saat menunjukkan anggota JPJ membuat sekatan di hadapan lampu isyarat bagi memberi laluan kepada lori balak tanpa penjelasan tepat daripada individu yang memuat naik video berkenaan. BH

JPJ iring lori balak, ini sebabnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker