KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib

KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib

Najib Razak menyokong jika rakyat diberi pilihan sama ada mahu mengeluarkan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sebaliknya memandangkan masih ada yang memerlukannya untuk kelangsungan hidup.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu juga menyarankan kerajaan membenarkan pengeluaran kali terakhir dengan menaikkan i-Citra daripada RM5,000 kepada RM10,000.

“Memandangkan simpanan KWSP adalah duit rakyat, saya menyokong jika rakyat diberi pilihan untuk mengeluarkan atau tidak. Mereka yang memerlukan pada ketika ini mahu mengeluarkan simpanan manakala mereka yang lain pasti akan terus menyimpan.

“Kami percaya jika tiada kelangsungan hari ini, bagaimana keadaan pada masa hadapan?” soal beliau.

Namun, beliau percaya mereka yang sama ada menyokong atau tidak pengeluaran khas kali terakhir i-Citra sebenarnya mahu memelihara kepentingan rakyat pada usia tua.

“Cuma pandangan kita berbeza. Yang inginkan i-Citra adalah lebih optimis untuk membina semula ekonomi, kekayaan rakyat dan simpanan KWSP rakyat dengan pelbagai cara. Sebab kita pernah buat dan buktikan serta memahami kuasa Menteri Kewangan dan kerajaan.

“Saya juga mencadangkan supaya menstruktur semula kadar dividen mengikut multi-tier dan memberi projek lumayan kepada KWSP sebagaimana kerajaan BN lakukan ketika saya menjadi perdana menteri,” tulis beliau.

Najib menambah, beliau pernah melakukan sedemikian terhadap syarikat lebuh raya PLUS, Kwasa Damansara dan Battersea UK selain pernah menaikkan kadar bayaran BR1M dari sifar ke RM500 dan hingga ke RM1,200 dan akhirnya janji RM2,000 dalam tempoh enam tahun.

“Jadi tidak mustahil pada masa hadapan sekiranya kita beri bayaran ‘one-off’ khas BR1M sebanyak RM2,500 setiap keluarga jika dibayar sebagai tunai ataupun RM5,000 jika keluarga tersebut bersetuju dimasukkan dalam akaun KWSP dan bukan secara tunai,” katanya.

Katanya lagi, mereka yang tidak menyokong pemberian i-Citra pula adalah lebih pesimis dan berjaga-jaga, namun tidak salah juga untuk bersikap lebih berhati-hati.

“Mereka yang menyokong (i-Citra) juga percaya kebanyakan rakyat Malaysia pandai menilai, rasional dan bertanggungjawab pada masa hadapan masing-masing.

“Namun, yang mohon mengeluarkan i-Citra adalah mereka yang benar-benar terdesak dan sekiranya mengeluarkan hari ini pun, mereka akan berusaha untuk bekerja lebih keras untuk memulihkan simpanan mereka sama ada dalam KWSP atau melalui pelaburan lain,” katanya.

Katanya, dalam konteks ini tiada paksaan kerana mereka yang amat memerlukan akan memohon untuk mengeluarkannya dan bagi mereka yang lain, akan terus menyimpan.

“Itulah perbezaannya masing-masing ada pendirian dan pandangan sendiri,” katanya.

KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker