KKM siasat laporan kesan serius vaksin dalam kalangan banduan Penjara Kajang
KKM siasat laporan kesan serius vaksin dalam kalangan banduan Penjara Kajang
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang menyiasat 18 kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius termasuk kematian dalam kalangan banduan di Penjara Kajang.
Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata siasatan juga telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap.
Seterusnya, katanya, laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) bagi mengesahkan kausaliti atau hubungkait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan.
“KKM akan memaklumkan situasi semasa laporan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan 18 kes mengalami kesan AEFI serius yang dilaporkan di dalam kalangan penerima vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang di penjara tersebut.
Daripada 18 kes yang dilaporkan, surat itu memaklumkan sebanyak 15 kes melibatkan vaksin Pfizer manakala 3 lagi berkait dengan vaksin Sinovac.
Daripada kes AEFI itu, dua kematian dilaporkan dalam tempoh sebulan selepas vaksinasi, tiga kes melibatkan jantung manakala empat kes mengalami kelumpuhan.
Pada masa sama, laporan itu memaklumkan terdapat tiga kes unik di mana terjadi nanah di tempat bukan suntikan, sementara enam kes melibatkan jangkitan di paru-paru.
Sementara itu, Roshayati berkata pihaknya akan memantau secara berterusan keselamatan penggunaan semua vaksin termasuk vaksin Covid-19 melalui pemantauan laporan AEFI. FMT
KKM siasat laporan kesan serius vaksin dalam kalangan banduan Penjara Kajang
Baca Artikel Menarik :
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain
You must be logged in to post a comment.