Pekerja warga Pakistan maut terjatuh bumbung kilang
Pekerja warga Pakistan maut terjatuh bumbung kilang

REMBAU: Seorang pekerja warga Pakistan maut selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika sedang melakukan kerja pemasangan solar di sebuah kilang di Chembong, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dikatakan bersama tiga rakan sekerja melakukan kerja pemasangan solar di atas bumbung kilang itu.
“Mangsa didapati berjalan di atas bumbung tanpa memakai tali pinggang keselamatan sebelum bumbung itu pecah menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian 12 meter dan terkena ‘leaching tank’ (kolam air rendaman sarung tangan).
“Mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Pekerja warga Pakistan maut terjatuh bumbung kilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.