Jadi MB pun tak pernah cukup penggal, Hassan bidas Mukhriz

Sebaran :

Jadi MB pun tak pernah cukup penggal, Hassan bidas Mukhriz

Adalah hak Mukhriz Mahathir untuk bercakap bahawa masa depan Anwar Ibrahim sudah berlalu dan Pakatan Harapan perlukan pemimpin baru.

Maka saya ini pun ada hak yang sama untuk mengulas komen Mukhriz Mahathir itu.

Masyarakat kita dan Malaysia ini bersikap terbuka.



Hanya Mukhriz elok juga menyedari betapa ramai rakyat biasa sama ada anggota PKR ataupun bukan; penyokong PH atau pun bukan yang terluka di hati apabila ayahanda Mukhriz mungkir janji kerana enggan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang telah dijanjikan kepada Anwar Ibrahim.

Cakaplah apa jua yang Mukhriz mahu cakapkan untuk memperkecil dan melekehkan Anwar sebab Anwar berjiwa besar untuk terganggu dengan kata-kata yang Mukhriz lontarkan itu.

Tetapi penulis kerdil ini tidak akan membiarkan pemimpinnya yang telah berkorban untuk rakyat dan negara merengkok di dalam penjara lebih 11 tahun lamanya diperkotak-katikkan oleh seorang ahli politik muda anak bangsawan yang tidak pernah semalam pun merengkok dalam lokap kerana berani bersuara untuk rakyat.

Namun begitu penulis masih memberi peluang dan hak Mukhriz yang jadi presiden Pejuang yang hanya ada empat orang Ahli Parlimennya di seluruh negara mempersenda dan mengecilkan kekuatan sokongan Anwar yang mempunyai lebih 30 Ahli Parlimen PKR dan lebih 90 Ahli Parlimen PH keseluruhannya.



Selemah-lemah Anwar yang dikatakan oleh Mukhriz bahawa masa untuk Anwar sudah berlalu, pada hari ini Anwar masih menjadi Presiden PKR, Pengerusi PH, dan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Manakala sehebat-hebat Mukhriz anak bangsawan ini beliau tidak dapat melindungi fakta sejarah bahawa dua kali Mukhriz dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan jalan.

Tak pernah Mukhriz pegang jawatan MB Kedah dari awal hingga ke akhir macam Menteri-menteri Besar yang lain.

Penulis bukan suka sangat hendak menulis cerita-cerita seperti ini, tetapi apabila Mukhriz berani celupar dan kurang adab, maka beliau perlu menerima ulasan seperti ini.



Tangan yang berani menghunus keris maka perlu bersedia untuk tertikam senjata sendiri.

Hassan Abdul Karim

Jadi MB pun tak pernah cukup penggal, Hassan bidas Mukhriz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *