Tangguh Umrah: Menteri Agama bela KJ

SEGAMAT – Keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa pada 8 Januari depan tidak wajar dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, penangguhan itu dibuat bagi mengekang penularan Covid-19.

“Keputusan penangguhan umrah ini amat berat dan kerajaan cukup memahaminya memandangkan kita sudah lama tidak menunaikan umrah sejak Covid-19 melanda dunia, dua tahun lalu.

“Namun keputusan penangguhan umrah ini dibuat selepas kerajaan mengambil kira data Covid-19 terutama varian baharu, Omicron,” kata beliau selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat, pada Isnin.

Menurut Idris, cadangan berkenaan kuarantin wajib di hotel bagi jemaah umrah pula sedang dikaji.

Ibadah umrah ditangguhkan mulai 8 Januari – KJ

“Kerajaan juga ada cadangkan kuarantin wajib di hotel bagi jemaah umrah tetapi ia memerlukan 1,000 katil setiap hari.

“Justeru, saya berharap jemaah umrah yang kembali ke negara ini agar jaga disiplin dan menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Sementara itu, berkenaan bantuan kepada mangsa banjir di Johor, Idris memaklumkan, peruntukan khas sebanyak RM66,500 akan disalurkan.

“Antara barangan bantuan diagihkan ialah selimut, periuk nasi dan kit ibadat. Diharap barangan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
tangguh umrahumrah

Tangguh Umrah: Menteri Agama bela KJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangguh umrah, industri berhadapan dengan kerugian RM1 bilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker