SPRM jawab tuduhan terhadap Azam pada Rabu

SPRM jawab tuduhan terhadap Azam pada Rabu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan sidang media pada hari Rabu bagi menjelaskan dakwaan konflik kepentingan yang melibatkan ketua pesuruhjayanya Azam Baki, menurut satu laporan.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar pada hari Rabu ini, jadi lebih baik anda datang supaya saya boleh memberitahu semuanya, bukan sahaja kepada anda, tetapi kepada semua orang yang mengambil berat tentang perkara ini, okay?” kata Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Nika Ujang (gambar atas), seperti dilapor The Vibes.



Portal itu menyatakan Azam, Zahar, dan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), dijangka hadir.

Bagaimanapun, laporan itu juga menyatakan bahawa Zahar tidak menyatakan sama ada dia berhasrat untuk bercakap kepada media bersama Azam dan Borhan atau tidak.

Ketika dihubungi, Zahar memberitahu Malaysiakini bahawa sidang media itu akan diadakan pada 2:30 petang Rabu.

Perkembangan ini hadir selepas ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Edmund Terence Gomez meletak jawatan minggu lalu sebagai protes terhadap tindakan panel yang tidak mengambil tindakan terhadap dakwaan yang menuduh Azam memiliki hampir dua juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam.



Borhan telah mendakwa bahawa Gomez tidak menyebut dakwaan salah laku itu sebelum ini, yang mana Gomez membalas dengan mengatakan dia telah menghantar sekurang-kurangnya lima lampiran e-mel mengenai isu itu.

Kontroversi itu juga mendorong ahli politik menggesa siasatan bebas terhadap dakwaan itu, termasuk ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mahu jawatankuasa itu memanggil Azam untuk memberi keterangan.

SPRM jawab tuduhan terhadap Azam pada Rabu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker