PM arahkan tambah siren dilengkapi amaran suara untuk hadapi banjir
KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menambah jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko berlakunya bencana banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan antara cadangan penambahbaikan menghadapi bencana banjir yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 (MTL 2021/2022) dipengerusikannya pada Isnin.
Beliau berkata, cadangan penambahbaikan turut meliputi Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat dikoordinasi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta kamera litar tertutup (CCTV) di stesen pemantauan aras air supaya penduduk bersedia untuk berpindah sekiranya air berada pada paras bahaya serta ramalan cuaca berangka.
Katanya, bagi meningkatkan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan peningkatan tahap perlindungan/kala ulangan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI) kepada 200 tahun ARI.
Selain itu, mesyuarat juga meneliti cadangan berhubung penambahbaikan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) menerusi aktiviti-aktiviti latih amal banjir dan maklumat yang dihebah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
“Kluster komunikasi strategik yang diterajui KKMM aktif melaksanakan hebahan maklumat sejak bermulanya MTL 2021/2022 dan usaha dipergiatkan sejak jangkaan akan berlaku gelombang kedua bagi memastikan penduduk khususnya dan negara amnya bersedia agar keadaan lebih terkawal,” katanya.
Beliau berkata, strategi komunikasi melibatkan promosi hebahan amaran dan situasi semasa, hebahan bantuan-bantuan kerajaan, mengenal pasti isu berbangkit dan ditangani bersama pelbagai agensi serta usaha-usaha mengesan berita palsu dan segera menyiarkan penafian.
Menurutnya, platform yang digunakan adalah media massa, media sosial, saluran Jabatan Penerangan, turun padang, advokasi, penerbitan dan usaha-usaha libat urus.
Baca Artikel Menarik:
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Banjir: Kerja pembersihan di lima negeri 91 peratus selesai – PM