Kerajaan Selangor lembab urus sampah walaupun banjir 10 hari sudah berlalu

Kerajaan negeri Selangor dinasihatkan supaya tidak mengharapkan usaha sukarelawan sepenuhnya dalam membantu mangsa banjir untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah sarap di kawasan banjir, kata pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Selangor Ng Chok Sin.

Ng berkata walaupun musibah banjir di Selangor telah menimpa penduduk sejak 10 hari lalu, longgokan sampah di kawasan banjir masih belum dibersihkan sepenuhnya, sehingga menyebabkan kebimbangan penduduk sekitar kerana boleh menjadi punca penyebaran wabak penyakit.

“Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) digesa mengambil tindakan segera untuk membersihkan dan menguruskan longgokan-longgokan sampah tersebut bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak seperti leptospirosis atau penyakit kencing tikus, kolera atau malaria, dan lain-lain lagi penyakit yang berkaitan.

“Sikap leka kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah ini telah menyebabkan orang ramai membuat perbandingan di antara pihak kerajaan negeri dengan para sukarelawan yang telah turun padang membantu.

“Ramai mendakwa para sukarelawan lebih prihatin terhadap kesusahan mangsa banjir berbanding kerajaan negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Taman Sri Muda di Shah Alam adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas di Selangor, selain Klang dan Hulu Langat, dengan kebanyakan rumah dipenuhi air sehingga paras melebihi enam kaki tinggi.

Beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal akibat banjir selepas hujan lebat berterusan pada 17 Disember hingga 19 Disember lalu.

“Kerajaan negeri dinasihatkan supaya tidak mengharapkan sepenuhnya kepada usaha sukarelawan untuk membantu mangsa banjir.

“Sebaliknya, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mereka dengan menguruskan dan menyelaraskan sumber-sumber yang ada untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah sarap di kawasan bencana,” kata Ng.

Kerajaan Selangor lembab urus sampah walaupun banjir 10 hari sudah berlalu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker