Kedah bekal air selut, jumpa di mahkamah – KM P Pinang

Kedah bekal air selut, jumpa di mahkamah – KM P Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak sabar untuk bertemu kerajaan Kedah di mahkamah berhubung pertikaian mengenai bekalan air antara kedua-dua negeri utara Semenanjung itu.

Ini selepas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan Kedah telah melantik panel peguam untuk meneruskan tuntutan negeri itu supaya Pulau Pinang membayar air yang diambilnya dari Sungai Muda.



Sungai Muda berasal dari Kedah dan mengalir di sepanjang sempadan Pulau Pinang dan Kedah sehingga ke Selat Melaka.

“Kita (Pulau Pinang) sebenarnya menunggu…sebab cakap-cakap di luar pun tak bermanfaat kepada sesiapa pun.

“Kalau benar-benar mahu isu ini diselesaikan, biar sampai ke mahkamah,” kata kata Chow seperti dipetik Bernama.

Ketua menteri Pulau Pinang itu menjelaskan kerajaan negeri pimpinannya juga memiliki hujah tersendiri mengenai isu berkenaan.



Sanusi telah menuntut bayaran dari Pulau Pinang, termasuk membayangkan negeri itu mungkin terpaksa menggunakan “air selut” jika ia tidak membyar kepada Kedah.

Sanusi juga telah mengancam tindakan undang-undang sejak Januari tahun lalu tetapi masih belum diteruskan.

Chow sebelum ini berkata hak riparian bermakna Pulau Pinang tidak perlu membayar untuk mendapatkan air dari Sungai Muda di sebelah Pulau Pinang.

Hak riparian berkaitan dengan hak pemilik tanah yang sah di sisi undang-undang ke atas kawasan tebing sungai.



Dalam undang-undang hak riparian membenarkan pemilik yang tanahnya bersebelahan dengan saliran air untuk menggunakannya secara munasabah.

Begitu juga, ia tidak membenarkan air dipindahkan ke hulu tanpa mengambil kira orang di hilir.

Konsep itu diiktiraf dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara di bawah bidang kuasa negeri. Mk

Kedah bekal air selut, jumpa di mahkamah – KM P Pinang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain



Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker