Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap

Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap

SEGAMAT: Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila hanyut bersama motosikal yang ditungganginya ketika cuba merentas arus deras di Bukit Sengit, Pogoh di sini pagi tadi.

Mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37, sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ jam 8 pagi apabila tiba-tiba dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air dari arah Segamat ke Muar melalui Jalan Pogoh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata, pihaknya telah menerima maklumat orang awam yang memaklumkan kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, orang awam memaklumkan mangsa telah berjaya berpaut pada sebatang pokok.

“Bomba menyelamatkan mangsa menggunakan tali penyelamat dengan kerjasama orang awam dan membawa mangsa ke kawasan yang selamat.

“Pihak bomba mengingatkan orang awam supaya jangan cuba-cuba meredah arus banjir ketika ini.

“Ia bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri tetapi kepada orang awam serta anggota bomba yang berada di tempat kejadian bagi misi menyelamat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Kenny Ismol Abd Rahman, motosikal milik mangsa tidak dapat diselamatkan.

Enam anggota dari BBP Bandar Baru Segamat berjaya menamatkan operasi tersebut pada jam 8.30 pagi. BH

Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker