Pemuda bawa pulang Ford Mustang hadiah cabutan bertuah

Seorang pemuda dari Muar, Johor telah memenangi sebuah Ford Mustang pada sesi cabutan bertuah pertandingan memancing di Jitra Kedah hari ini. Foto FB Kedah Kini

 

 

PETALING JAYA – Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitu juga nasib seorang pemancing yang telah memenangi sebuah kereta idaman jejaka Malaya iaitu sebuah Ford Mustang pada sesi cabutan bertuah.



Menerusi perkongsian di laman Facebook Kedah Kini, pemenang kereta tersebut berasal dari, Muar Johor dan baru berusia 24 tahun.

Dia telah memenangi hadiah cabutan bertuah terbabit ketika menyertai pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah hari ini.

“Tahniah adik yang baru berumur 24 tahun, orang Johor, dapat cabutan bertuah kereta Ford Mustang di pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah,” tulis Kedah Kini.

Difahamkan harga kereta tersebut sekitar RM450,000 sehingga RM570,000 bergantung kepada varian dan kuasa kudanya.



Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemuda terbabit dan menganggap hadiah tersebut adalah rezeki pembuka tahun baharu.

“Ini betul-betul rezeki tahun baharu, tahniah bro, jaga elok-elok kereta itu. Kalau ex (bekas kekasih) tengok ni mesti menyesal habis,” tulis Kaki Pancing Sabah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rashid Mawi.

“Para isteri jangan dilarang jika suami keluar memancing, kadang-kadang rezeki bukan sahaja setakat ikan malah boleh bawa balik kereta,”tulisnya pada ruangan komen.-K! ONLINE



Pemuda bawa pulang Ford Mustang hadiah cabutan bertuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abang Viva tidak akan berhenti sehingga banjir selesai



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker