‘Kereta Spider-Man’ panjat dinding bangunan

Sebaran :

SEBUAH kereta tergantung pada dinding sebuah bangunan di Republik Dominika diumpamakan seperti Spider-Man.

 

SANTO DOMINGO, REPUBLIK DOMINIKA – Sebilangan pengguna aplikasi pemetaan Google Maps terperanjat setelah mengesan sebuah ‘kereta Spider-Man’ sedang melekat pada bangunan di Republik Dominika, lapor akhbar Daily Star.

Trak pikap itu didapati tergantung pada dinding sebuah bangunan yang dilihat seakan-akan watak adiwira komik Marvel, Spider-Man.

Kisah yang dimuat naik di laman perkongsian Reddit oleh pengguna bernama @r/googlemapsshenanigans itu mendapat lebih 400 undian positif dengan beberapa ulasan meminta lokasi kejadian dikongsikan supaya mereka boleh melihat sendiri trak itu.

Dalam pada itu, syarikat Santo Domingo Motors baru-baru ini mendapat perhatian ramai pengguna internet yang berminat dengan kereta gaya Spider-Man keluaran mereka, yang merupakan sebuah trak pikap berwarna merah.



Kereta terpakai itu telah dikeluarkan pada 1920, namun penambahan cat mewakili kostum Spider-Man baru-baru ini telah menarik perhatian pengguna di laman Reddit. – Agensi

‘Kereta Spider-Man’ panjat dinding bangunan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Remaja 15 tahun miliki lima ijazah dalam empat tahun


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *